Sunday, August 22, 2010

ADAKAH ANDA TAHU ?

Bendera Malaysia buat pertama kali di naikkan pada 31 Ogos 1957

Allahyarham Mohamed Hamzah, pencipta bendera Malaysia yang kini dikenali sebagai Jalur Gemilang. Bendera Malaysia dicipta pada tahun 1947.

Khasiat dan Kepentingan Bunga


Khasiat dan Kepentingan Bunga

BUNGA RAYA

Di sebalik warna yang cantik, berseri dan berbau harum sebenarnya bunga mempunyai banyak kegunaannya, antaranya ialah bunga raya atau nama sainsnya ialah Hibiscus rosa sinensis.Tumbuhan ini amat mujarab untuk menghilangkan batuk kerana ia mengandungi sejenis lendir atau mucin yang memberikan rasa sejuk pada kerongkong dan rongga paru-paru. Selain itu, bunga raya juga mengandungi hebiscetin, satu bahan yang amat berkesan untuk meredakan batuk dan menghilangkan kahak. Penghidap akan mendapati lendir yang mengganggu saluran pernafasannya akan dikeluarkan dalam jumlah yang banyak ketika batuk.